Sunday, December 6, 2009

Perlawanan Persahabatan

Pada 15 November yang lalu, Pasukan Bola Tampar SMKPA telah menyertai Perlawanan Persahabatan yang telah di usahakan oleh Penyelia Teknik Bola Tampar sekolah-sekolah di LMS.

Perlawanan telah di adakan di SABK Ma'ahad Tarbiah Islamiah (MTI) Batu 8. Sebanyak 4 buah sekolah telah mengambil bahagian, iaitu SMK Dato' Kamaruddin, SMK Tat Beng, SMK Pengkalan Aur dan selaku tuan rumah SABK MTI dua pasukan, menjadikan 5 pasukan keseluruhannya.

Peraturan permainan adalah 4 sebelah dan pengiraan mata 10-21. Permainan dijalankan secara liga.

Pasukan SMK Pengkalan Aur telah memenangi 3 perlawanan dari 4, dan melayakkannya untuk mendapat tempat ke dua. Ini adalah perlawanan persahabatan kali pertama pasukan sekolah, dan ianya menunjukkan pencapaian yang baik.

SYABAS DI UCAPKAN ...




No comments:

Post a Comment