Sunday, December 6, 2009

Perlawanan Persahabatan

Pada 15 November yang lalu, Pasukan Bola Tampar SMKPA telah menyertai Perlawanan Persahabatan yang telah di usahakan oleh Penyelia Teknik Bola Tampar sekolah-sekolah di LMS.

Perlawanan telah di adakan di SABK Ma'ahad Tarbiah Islamiah (MTI) Batu 8. Sebanyak 4 buah sekolah telah mengambil bahagian, iaitu SMK Dato' Kamaruddin, SMK Tat Beng, SMK Pengkalan Aur dan selaku tuan rumah SABK MTI dua pasukan, menjadikan 5 pasukan keseluruhannya.

Peraturan permainan adalah 4 sebelah dan pengiraan mata 10-21. Permainan dijalankan secara liga.

Pasukan SMK Pengkalan Aur telah memenangi 3 perlawanan dari 4, dan melayakkannya untuk mendapat tempat ke dua. Ini adalah perlawanan persahabatan kali pertama pasukan sekolah, dan ianya menunjukkan pencapaian yang baik.

SYABAS DI UCAPKAN ...




Kem Bakat

Kem Bakat adalah satu sesi latihan secara sistematik telah diberikan kepada pemain-pemain Pasukan Bola Tampar SMK Pengkalan Aur. Tujuan kem ini di jalankan adalah untuk memberi pengatahuan yang lebih mendalam mengenai teknik dan strategi permainan bola tampar.

En. Patrik adalah bekas Jurulatih Kebangsaan Pasukan Bola Tampar Malaysia, telah di jemput bagi menjayakan progam ini. Kem ini berlansung pada 11 November yang lalu, bermula jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari.

Seramai 15 orang peserta telah menyertai kem ini, terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 1. Walaupun kem ini berjalan dalam keadaan hujan renyai, para peserta tetap memberi tumpuan kepada ilmu yang di berikan kepada mereka dengan penuh semangat.