Monday, July 13, 2009

Penglibatan

Seluruh pelajar SMK Pengkalan Aur di jemput untuk menyertai latihan (training) yang di adakan setiap petang waktu persekolahan, bermula pada bulan Januari 2009 di gelanggang bola tampar sekolah. Tenaga pengajar terdiri dari En. Muhammad Farhan sendiri, dan dibantu oleh En. Fikri Akma yang bertugas sebai Pembantu Am Pejabat di sekolah ini. Setiap latihan akan di hadiri oleh salah seorang guru kelab, antaranya Pn. Mazatul Aini, Pn. Suraya, Ustaz Ahmad Zahidi dan juga En. Badrol.

Selain mengadakan latihan setiap petang pada waktu persekolahan di
gelanggang bola tampar sekolah, latihan juga dibuat di Taman Tasik Taiping pada pagi sabtu. Latihan luaran ini dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menhirup udara segar di sana. Aktiviti luaran ini diadakan sebulan sekali.

No comments:

Post a Comment