Sunday, December 6, 2009

Perlawanan Persahabatan

Pada 15 November yang lalu, Pasukan Bola Tampar SMKPA telah menyertai Perlawanan Persahabatan yang telah di usahakan oleh Penyelia Teknik Bola Tampar sekolah-sekolah di LMS.

Perlawanan telah di adakan di SABK Ma'ahad Tarbiah Islamiah (MTI) Batu 8. Sebanyak 4 buah sekolah telah mengambil bahagian, iaitu SMK Dato' Kamaruddin, SMK Tat Beng, SMK Pengkalan Aur dan selaku tuan rumah SABK MTI dua pasukan, menjadikan 5 pasukan keseluruhannya.

Peraturan permainan adalah 4 sebelah dan pengiraan mata 10-21. Permainan dijalankan secara liga.

Pasukan SMK Pengkalan Aur telah memenangi 3 perlawanan dari 4, dan melayakkannya untuk mendapat tempat ke dua. Ini adalah perlawanan persahabatan kali pertama pasukan sekolah, dan ianya menunjukkan pencapaian yang baik.

SYABAS DI UCAPKAN ...




Kem Bakat

Kem Bakat adalah satu sesi latihan secara sistematik telah diberikan kepada pemain-pemain Pasukan Bola Tampar SMK Pengkalan Aur. Tujuan kem ini di jalankan adalah untuk memberi pengatahuan yang lebih mendalam mengenai teknik dan strategi permainan bola tampar.

En. Patrik adalah bekas Jurulatih Kebangsaan Pasukan Bola Tampar Malaysia, telah di jemput bagi menjayakan progam ini. Kem ini berlansung pada 11 November yang lalu, bermula jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari.

Seramai 15 orang peserta telah menyertai kem ini, terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 1. Walaupun kem ini berjalan dalam keadaan hujan renyai, para peserta tetap memberi tumpuan kepada ilmu yang di berikan kepada mereka dengan penuh semangat.




Monday, October 26, 2009

Aktiviti Luar Selepas Bulan Ramadhan

Pasukan bola tampar SMK Pengkalan Aur kembali menjalankan latihan setelah hampir 2 bulan meninggalkan gelanggang.

Pada 18.10.2009 yang lalu, kami sekali lagi menjalankan latihan di Taman Tasik. Walaupun tidak ramai ahli pasukan yang dapat hadir, latihan tetap berjalan dengan 'meriahnya'...

Latihan dimulakan agak lewat kerana hari hujan. Sambil menunggun hujan berhenti, kami bersarapan bersama di kedai makan...























Aktiviti kami tidak berhenti di sini sahaja ...
Sebaliknya...








Friday, August 21, 2009

Bulan Ramadhan Al-Mubarok...

Latihan bola tampar di hentikan seketika bagi menghormati bulan ini di samping memberi laluan kepada pemain-pemain menjalani ibadah puasa dengan tenang.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga SMKPA.

Monday, July 20, 2009

Aktiviti Luar

Ekspidisi ke Bukit Larut













Aktiviti Luar

Latihan di Taman Tasik Taiping











Monday, July 13, 2009

Pemilihan

Sebulan sebelum perlawanan, pemilihan dibuat berdasarkan pencapai dan penguasaan pelajar terhadap permainan. Berikut adalah senarai pelajar yang telah di pilih untuk mewakili SMK Pengkalan Aur dalam Kejohanan Bola Tampar Peringkat LMS :

1. Muhammad Amirahimi B. Ariffin (C) - Spiker
2. Fahmi Iskandar B. Ismail - Spiker
3. Mohamad Fadhil B. Kamaruddin - Setter
4. Nazimin B. Nazeri - Setter
5. Muhammad Fariz B. Jamaluddin - Setter
6. Ashyraff Zafrin B. Mozahidi - Libro
7. Ahmad Afendi B. Ab Aziz
8. Mohd Ridzwan B. Ahmad
9. Muhammad Firdaus B. Abdul Rahman
10. Abdul Naim B. Harun